Thursday, January 9, 2020

Happy Birthday Nur Irdina 27 Jan 2018

Kak Dina ada program kat sekolah, so mummy just bake brownies kedut je.
Kedut kedut pun gigih jugalah mummy mencari bahan bahan .

Bahan bahan dan cara membuatnya adalah seperti berikut :
400gm coklat masakan.(guna dark berryl’s).
200 g choc chips
150gm buttercup block.
100gm tepung naik sendiri.(bluekey)
100gm gula perang @ gula castor.
1 sudu kecil esen vanila.
4 biji telur gred A.
Cara – cara memasak:
1. Double boiler coklat masakan dan butter sehingga cair. Gaul rata.Biarkan sejuk.Tips untuk dapatkan kedut.(A)

2. Pukul telur bersama gula perang, esen vanila. (B) pukul sederhana hingga sebati sahaja.
3. Dalam bekas lain ayak tepung naik sendiri. (C)
4. Masukkan (A) ke dalam (B). Kacau rata. Kemudian masukkan (C) sedikit demi sedikit ke dalam adunan (A)dan (B). masukkan Choc chips. Gaul rata.

5. Alas acuan 10’x10′ dengan kertas baking dan oleskan dengan butter. Tuang adunan brownies ke dalam acuan.
6. Bakar brownies ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan suhu 160 C selama 30-40 minit.

7.Selepas masak renggangkan sedikit pintu oven untuk mendapatkan kedut yang menarik.