Showing posts with label Family Birthday. Show all posts
Showing posts with label Family Birthday. Show all posts

Thursday, January 9, 2020

Happy Birthday Nur Irdina 27 Jan 2018

Kak Dina ada program kat sekolah, so mummy just bake brownies kedut je.
Kedut kedut pun gigih jugalah mummy mencari bahan bahan .

Bahan bahan dan cara membuatnya adalah seperti berikut :
400gm coklat masakan.(guna dark berryl’s).
200 g choc chips
150gm buttercup block.
100gm tepung naik sendiri.(bluekey)
100gm gula perang @ gula castor.
1 sudu kecil esen vanila.
4 biji telur gred A.
Cara – cara memasak:
1. Double boiler coklat masakan dan butter sehingga cair. Gaul rata.Biarkan sejuk.Tips untuk dapatkan kedut.(A)

2. Pukul telur bersama gula perang, esen vanila. (B) pukul sederhana hingga sebati sahaja.
3. Dalam bekas lain ayak tepung naik sendiri. (C)
4. Masukkan (A) ke dalam (B). Kacau rata. Kemudian masukkan (C) sedikit demi sedikit ke dalam adunan (A)dan (B). masukkan Choc chips. Gaul rata.

5. Alas acuan 10’x10′ dengan kertas baking dan oleskan dengan butter. Tuang adunan brownies ke dalam acuan.
6. Bakar brownies ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan menggunakan suhu 160 C selama 30-40 minit.

7.Selepas masak renggangkan sedikit pintu oven untuk mendapatkan kedut yang menarik.

Tuesday, August 29, 2017

Happy Birthday Danish...10/2017

Happy birthday..Semoga terus diberkati...jadi anak yang taat pada perintah Allah dan sayang mummy,daddy dan adik adik...

Friday, July 29, 2016

Damia and Zahraa now 1 year

Alhamdulillah....semoga Damia dan Zahraa sihat sentiasa dan diberkati..1 yrs old on 27.07.2016

Saturday, October 17, 2015

Terima Kasih mak.....

Assalamualaikum....
I am 38 now on 11 Oktober 2015...
Terima kasih Allah kerana memanjangkan usia saya dan memberkati saya .
Terima kasih mak kerana melahirkan saya pada tarikh ini , yang banyak berkorban dan  bersusah payah mendidik saya hinggalah ke saat ini...
Terima kasih suamiku kerana menjadi suami terbaik dan banyak berkorban demi keluarga ini...
dan terima kasih anak anakku....kerana menjadi kurniaan Allah yang terindah...

Sunday, October 19, 2014

Happy birthday En Sidek

Semoga Rahmat  Allah sentiasa bersama abang, dimurahkan rezeki dan dipemudahkan urusan dunia dan akhirat...
Aamiiiiiinn....

Monday, February 3, 2014

Happy Birthday Nur Irdina 5 on 26 Jan 2014

Happy Birthday sayang...Semoga sentiasa sihat dan diberkati dunia dan akhirat..

Sunday, August 25, 2013

Marvelous Monday

Hari ini hari apa.....isnin......berapa haribulan..? 26 ogos....birthday siapa? Ahmad danish Fadlin...masa time macam nie la I dok berlegar Kat wad bersalin Hospital UKM mengexecisekan diri supaya bersalin cepat..memandangkan air ketuban dah pecah since 5 pagi lagi...adoi...cuak betul...pastu pi gatal minum air selusuh sendiri...Anyway...Happy Birthday My no 1 son..Ahmad Danish Fadlin yang ke 6..ingat yer...mulai hari nie...kalau lengah kan solat...mummy dah leh rotan tau...
Mummy doakan Danish menjadi anak yang soleh, taat pada ibu bapa, patuh suruhan allah dan sihat sejahtera, hidup diberkati allah.dunia dan akhirat...amiin..



rupa kek sebelum dipotong



rupa kek setelah dipotong..lihatlah lapisan kek,cream cheese dan chocolate ganachenya

Wednesday, September 19, 2012

HAPPY BIRTHDAY AHMAD DANISH V5-2012

Happy Birthday Ahmad Danish Fadlin bin Sidek  yang ke 5 on 26/08/2012.
Mini cakes design by HERO....
apada...mummy tokeh kek, tapi asal b'day anak je, pi beli kat HERO...
sabar jelah ye,,,,,



sebelum tu gi jalan jalan kat AEON dan bantai Kenny Rogers....
Muka danish happy, tapi Dina cam bosan jer...takpelah len kala ada rezeki lebih kita gi jen jala jejauh ek...


Wednesday, February 22, 2012

Happy Birthday Nur Irdina 3 on 26.01.2012

Birthday Banner-Budget punya....



Cheese Cake Topping Chocolate Ganache Size kecik...

The Birthday girl..eh silap..


This is the Girl..

Wednesday, October 26, 2011

+1 ....


11.10.11 is a very beautiful number but my age number is not anymore....I'am getting old, new resolution, upgrade my appearance a bit...groom and look more presentable, .....but still stick to my favourite desert,,cheese cake,  this time...oreo base cheese cake topped with dark and white chocolate ganache. I use beryl's.It is so soft, creamy and not to sweet.