Saturday, January 10, 2015

Syukur 2015

Assalamualaikum...
Segala puji bagi Allah yang Maha pemurah lagi Maha mengasihani.
This is how I feel now.
Semuanya bercampur baur, Allah tarik nikmat at one side  , but then Allah beri nikmat for another side.
No matter what ....
Syukur atas segala ujian Allah kerana Allah uji kita sebab Allah sayang kat kita..
Allah takkan beri ujian tu kalau kita tak mampu tanggung ujian tu... bersyukurlah
Nikmat Allah hanyalah sementara, Allah tarik balik nikmat tu untuk uji kita..mesti ada hikmahnya ...bersyukurlah
Bila kita minta sesuatu, Allah belum nak bagi sebab dia nak tgk selama mana kita terus istiqamah dalam berdoa...
Allah tak bagi yang kita minta ,rupanya dia nak bagi lebih baik untuk kita...bersyukurlah.
bila kita redha dan ikhlas lepaskan sesuatu itu,,rupanya Allah beri rezeki yang lebih baik....bersyukurlah..
Semoga Allah menerima taubat dan aMpunkan dosa ku...
Doakan saya mempunyai hati, mental dan iman yang kuat dalam menghadapi ujian berat ini..
Hanya kepada Allah tempat mengadu dan memohon pertolongan...
Aamiiiiiin Ya Rabbal Alamin...

Tuesday, December 30, 2014

Cuti Sekolah ke i City

Alhamdulillah,.tahun nie dapat melawat i city snow walk pulak...not bad...hope everybody enjoy macam dalam gambar gambar nie..

Saturday, November 15, 2014

Hari Anugerah Cemerlang dan Khatam Quran KAFA Al Firdaus 2014

Tahniah Ahmad Danish Fadlin bin Sidek.
Semoga kejayaan sentiasa bersamamu dunia dan akhirat. Aamiiiiiin.
Berikut adalah gambar gambar sekitar majlis dan gambar Danish, rakan rakannya serta ustaz dan ustazah.

Sunday, October 19, 2014

Happy birthday En Sidek

Semoga Rahmat  Allah sentiasa bersama abang, dimurahkan rezeki dan dipemudahkan urusan dunia dan akhirat...
Aamiiiiiinn....

Wednesday, August 27, 2014

Monday, August 4, 2014

Aidilfitri 1 Syawal-Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434H-Maaf Zahir dan Batin

Selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga hari raya ini membawa beribu keberkatan dan kerahmatan kepada kita semua, diisi dengan penuh kesyukuran dalam menatijahkan nilai taqwa yang hakiki dalam diri setelah mengharungi 'madrasah sebulan ramadhan'... ameen.

Dengan penuh rendah hati dan keinsafan, saya ingin memohon maaf atas segala kesalahan yang sengaja  dan tidak saya sedari, semoga kita tidak lupa untuk meminta maaf dan sentiasa memaafkan.