Alhamdulillah,.tahun nie dapat melawat i city snow walk pulak...not bad...hope everybody enjoy macam dalam gambar gambar nie..
Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah,kami mohon segala kebaikan yang lambat dan yang cepat; apa yang kami tahu dan tidak tahu. Dan kami mohon jauhkanlah segala keburukan yang lambat dan yang cepat; apa yang kami tahu dan tidak tahu.Aamiiiiiin....
Tuesday, December 30, 2014
Saturday, November 15, 2014
Hari Anugerah Cemerlang dan Khatam Quran KAFA Al Firdaus 2014
Tahniah Ahmad Danish Fadlin bin Sidek.
Semoga kejayaan sentiasa bersamamu dunia dan akhirat. Aamiiiiiin.
Berikut adalah gambar gambar sekitar majlis dan gambar Danish, rakan rakannya serta ustaz dan ustazah.
Sunday, November 9, 2014
Sunday, October 19, 2014
Happy birthday En Sidek
Semoga Rahmat Allah sentiasa bersama abang, dimurahkan rezeki dan dipemudahkan urusan dunia dan akhirat...
Aamiiiiiinn....
Wednesday, August 27, 2014
Happy Birthday Danish on 26 August 2014
Monday, August 4, 2014
Aidilfitri 1 Syawal-Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1434H-Maaf Zahir dan Batin
Selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat. Semoga hari raya ini membawa beribu keberkatan dan kerahmatan kepada kita semua, diisi dengan penuh kesyukuran dalam menatijahkan nilai taqwa yang hakiki dalam diri setelah mengharungi 'madrasah sebulan ramadhan'... ameen.
Dengan penuh rendah hati dan keinsafan, saya ingin memohon maaf atas segala kesalahan yang sengaja dan tidak saya sedari, semoga kita tidak lupa untuk meminta maaf dan sentiasa memaafkan.
Dengan penuh rendah hati dan keinsafan, saya ingin memohon maaf atas segala kesalahan yang sengaja dan tidak saya sedari, semoga kita tidak lupa untuk meminta maaf dan sentiasa memaafkan.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1435H-Maaf Zahir dan Batin
Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut hari raya aidil fitri,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut hari raya aidil fitri,
Jika emel tersilap bahasa, Jika kata tersilap bicara,
Serta khilafku membekas lara,
mohon maaf Zahir dan batin.
Serta khilafku membekas lara,
mohon maaf Zahir dan batin.
Semoga kita bertemu lagi dengan Ramadan akan datang.
Dengan Ingatan Tulus Ikhlas….
NUR AZLEENA MOHAMAD AZAIDDIN
Tuesday, April 22, 2014
Monday, February 3, 2014
Resepi: Daging masak Hitam
Daging semasa kuah belum kering |
Daging setelah kuah kering |
Assalamualaikum semua,
Daging Masak hitam ni mak pernah masak untuk kenduri kawin saya 8 tahun dulu.
Mak kata setiap kali kawan kawan dia nak buat kenduri meraka akan minta resepi dari mak.
Malah ada tokeh katering mintak resepi dengan mak..mak bagi je seikhlas hati..
Baru baru nie kawan kawan mak tanya resepi lagi untuk masak untuk Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Ijtihadiah Kg Simpang Temin & Suak Plang, tapi mak lupa resepi…
Jadi ..mak pulak mintak resepi kat kawan dia yang rajin menyimpan resepi..
Mak minta saya salin resepi dan masak based on resepi tu untuk makan sendiri..
Resepi adalah untuk sekilo daging. Saya masak 4 kilo daging , jadi darabkan jelah dgn 4.
Mak potongkan daging dan perap semua bahan yang saya sediakan..
Saya masak dua jam dengan api kecil selama 2 jam /hingga kering...( saya suka masak hingga kering supaya tahan lebih lama…)
Jenuh jugalah saya menambah air bila mana daging masih belum empuk walaupun kuah dah kering..
Sedap pada saya...tak pedas, anak anak saya makan tak hengat.....mungkin lain kali saya akan tambahkan cili kering.
Mak kata sedap, rasa rempahnya kuat…mana taknya..dalam resepi asal tak sebut sukatan rempah..saya balun je letak 2 sudu besar setiap satu jenis…
Kerisek 3 sudu besar tapi untuk 4 kilo daging saya habiskan sepeket besar kerisek (1/2 kilo kot)…
Saya nie meng suka menderhaka kan resepi kononnya taruk lebih akan jadi lebih sedap..
Saya tau ….mak cakap macam tu supaya saya tak putus asa untuk masak lagi kan…
Terima kasih mak atas segala nya. Saya sayang mak kerana Allah…
Resepi Daging Masak Hitam mak saya..
A
1. Daging- 1 kilo-potong nipis
B- Dikisar halus
2. Bawang merah- 15 biji
3. Bawang putih- 3 ulas
4. Cili kering- 10-15 biji
5. Halia- 1 inchi
C-Dikisar halus
6. Kulit kayu manis- sebatang
7. Bunga lawang- 3 biji-buang biji
8. Bunga cengkih -3 biji
9. Buah pelaga- 5 biji –buang biji halus
10. Jintan manis-2 sudu besar
11. Jintan putih-2 sudu besar
D
12. Kerisek- 3 sudu besar
13. Gula merah- secukup rasa
14. Kicap hitam –secukup hitam
E
15. Serai 2 batang-di ketuk
16. Minyak masak
F
17. Bawang goreng- 100 gram
Penyediaan
Perap bahan A+B+C+D selama sejam
Tumis E-serai dgn sedikit minyak hingga wangi.
Masak daging hingga empuk dan kuah kering.
Kacau selalu untuk elakkan hangit.
Gaulkan F-bawang goreng dan garam secukup rasa sebelum dihidang.
Happy Birthday Nur Irdina 5 on 26 Jan 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)