Thursday, June 1, 2023

My mom cancer journey

 31 July 2022 adalah permulaan semula mak ke hospital ,mak start mula sakit lebih dari seminggu.....bleeding dari peranakan tak berhenti henti...akhirnya admitted kat Hospital Sungai Siput mulai 31 Julai hingga 3 Ogos 2022.

Dr ambik sample , specimen segala bagai....

Bagi ubat stop bleeding...Discaj.....

Tak sampai beberapa minggu....8.8.2022 Admitted lagi...sampai 10.8.2022.

Mak dah jemu duduk hospital,...asal masuk hari kedua je dia cabut branula...

Setiap kali masuk wad begitulah..

Ada juga setiap hari dia cabut branula..

It happens when aku dgn og tukar syif jaga mak...

Lepas tu warded lagi..dan lagi...

Selang 3 minggu kena warded tambah darah..

Bergilir lah kami dua beradik jaga mak yang masih stroke sebelah badan.




Surau kat hospital Ipoh , bangun kompleks wanita dan kanak kanak...

Duduk dalam ni lepas solat..nak la buat kerja selesa sikit tapi takde line dan internet langsung.

Semua surau kat bangunan ni takde line .tak bagi nurse duduk sini lelama kot..

Waktu melawat


Lepas operation, mak duduk hdu ,takleh orang teman.nurse je jaga.sehari je pun..

Ruang menunggu, selesa, ada tempat caj.dan boleh dapat line.


suasana dalam wad tingkat 8


Barang aku masa teman mak kat wad 

Nurse tolong bawakkan masa asyik kena pindah katil...siap berlakon ala ala kena keluar dari akademi fantasia..

Laptop tak tinggal ..


Mak lepas mandi..lepak kat wheelchair dulu.

Masa ni tenaga mak ok lagi...aku pun ok lagi..setakat ubah dari katil le kerusi...

Sekarang dah tak boleh..nyaris aku tak slip disc.3 minggu buat terapi bone allignment dgn pak kudin..


Masa discaj..


Ruang rehat, wad kenanga hospital sg siput

Takde orang so aku conquer tempat ni.
Buat tempat simpan barang dan solat.
Next admission aku tgk deme dah kemas lebih elok jadi tempat solat..


Sofa dan kerusi ni la aku guna utk tidur waktu malam kat hosp sg siput.

Result specimen invalid ,Kena pegi ipoh ,,buat hysterocopy under full bius...

Masuk la wad lagi..kat ipoh plak....kena masuk darah dulu bagi cukup baru boleh proceed procedure.

Dah balik dari hosp ipoh sementara tunggu result lagi sebulan....warded lagi.masuk.darah lagi......kali ni stay lama sikit sambil tunggu result.

Jenuh menunggu dr pakar ipoh .tiba tiba dr gynae sg siput kata ,dia dah bincang dgn 2 dr pakar ipoh , mereka dah terus set kan tarikh jumpa pakar kat klinik ipoh dlm masa seminggu...dan ....I just instantly understand the situation.

Dr terus bagi tarikh buat blood test, ct scan, dan sebagainya...kat ipoh.

'endometrial carcinoma'..Kanser rahim..dr gynae sg siput slow slow je explain...tapi aku dah tau dah semua tu...20 tahun dulu, 2 tahun aku kerje process claim payment untuk operation kanser rahim dan sewaktu dgnnya ni...

Tapi aku biar je dr explain...slow slow..

So... Hospital Ipoh ..kami datang.

Lepas semua result ct scan dan sebagainya dapat  Dr Lee suggest buat operation .

Exploratory laparotomy, extrafacial hysterectomy  +BSO + PLUD +omentectomy+ appendicectomy..tahla ejaan tak betul maaf le...tulisan dr macam cacing.. 

Plan for admission will be on 11 february 2023 at Hospital Ipoh, Perak.

Recovery in ICU and hospital ward might take long time due to stroke condition.

2 minggu juga duduk hospital, 

Bergilir lah dgn og dan kak ana..

dan aku mula work from home jaga mak kat rumah...sebulan juga lah..

Dan upah nurse buat dressing luka selang sehari selama 2 minggu

Lepas 2 minggu pegi ipoh lagi...

Jumpa dr Lee, rupanya ada few ubat  such as antibiotik dan ubat tahan sakit takde...naya betui...

Dr terus prescribe extra ubat..

Lepas 2 minggu mak start kemo..3 minggu sekali....3 hari setiap sessi....og dan kak ana lah yang bergilir.

Ulang alik ke ipoh utk review pun og dgn kak ana yang harung semua tu.

1 jun 2023 mak kemo lagi...og lah yang menjaganya diwad....mak langsung takleh urus diri...nurse pun busy...memang kena ada helper/waris yang fully uruskan makan minum tukar diaper mak from a to z kat wad..

Aku cuma mampu hulur bantuan kewangan semampunya.



Bersambung.






No comments:

Post a Comment